Friday, 18 September 2009

Kuah Kacang

Juga dikenali sebagai kuah satay, kuah kacang adalah hidangan wajib ketika menyambut hari raya. Masakan ini diajar sendiri oleh mak bapak. Sememangnya ternanti-nanti setiap tahun hidangan istimewa ini.

Kuah kacang yang sedap mempunyai rasa manis, masin dan juga masam yang seimbang. Semakin kerap dipanaskan, semakin sedaplah rasanya.


Bahan-bahan:

Bahan kisar (bersama)
1 inci Halia
4 biji Bawang besar
8 biji Bawang merah
6 ulas Bawang putih
1/2 inci Lengkuas
1 s/kecil Jintan Manis
1 s/kecil Jintan Putih

Bahan kisar (berasingan)
30g Cili kering
4 s/besar udang kering

1/2 kg Kacang
Air secukupnya
Minyak
Sejemput Asam Jawa (larutkan dengan setengah cawan air)
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Kacang digoreng (atau disangan) tanpa minyak sehingga masak. Buang kulitnya dan ditumbuk. Jangan ditumbuk (atau dikisar) sehingga halus.
  2. Panaskan minyak kedalam periuk. Masukkan bahan kisar (bersama) dan masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili sehingga naik minyak. Masukkan udang kering.
  4. Masukkan kacang, air, asam, gula dan garam. Masak di atas api perlahan sehingga keluar minyaknya.

Tuesday, 1 September 2009

Daging Masak Hitam

Resepi ini diajar oleh mak saudara yg buat katering secara kecil-kecilan. Memang istimewa masakannya. Ada byk lagi ilmu yang perlu di kongsi. Sekarang ni aku dah edit resepi dgn sukatanya tak seperti sebelum ni.

Persiapan: 45 minit
Masak: 1jam setengah
Tahap kesukaran: sederhana.

Bahan-bahan:
1 kg Daging dipotong dadu
1 btg Kayu manis
3 biji Bunga Lawang
5 biji Buah Belaga
5 biji Bunga Cengkih
1 biji Bawang besar (dikisar)
7 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia (dikisar)
2 s/besar Serbur kari
30 g Cili Kering (dikisar)
2 cawan Kicap manis
2 cawan Kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan Kismis (dikisar)
1 s/besar Minyak sapi
Minyak masak
Air

Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak masak. Masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah belaga dan bunga cengkih). Masak sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bebawang dan halia). Masak sehingga naik bau
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak kari sehingga naik minyak. Sekiranya belum naik minyak, tambah air.
  4. Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak.
  5. Masukkan daging dan gaul. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  6. Masukkan kicap manis dan masin.
  7. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  8. Bila dah agak empuk, masukkan kismis. Masak lagi selama 20 minit.
  9. Tutup api dan masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.