Friday, 18 September 2009

Kuah Kacang

Juga dikenali sebagai kuah satay, kuah kacang adalah hidangan wajib ketika menyambut hari raya. Masakan ini diajar sendiri oleh mak bapak. Sememangnya ternanti-nanti setiap tahun hidangan istimewa ini.

Kuah kacang yang sedap mempunyai rasa manis, masin dan juga masam yang seimbang. Semakin kerap dipanaskan, semakin sedaplah rasanya.


Bahan-bahan:

Bahan kisar (bersama)
1 inci Halia
4 biji Bawang besar
8 biji Bawang merah
6 ulas Bawang putih
1/2 inci Lengkuas
1 s/kecil Jintan Manis
1 s/kecil Jintan Putih

Bahan kisar (berasingan)
30g Cili kering
4 s/besar udang kering

1/2 kg Kacang
Air secukupnya
Minyak
Sejemput Asam Jawa (larutkan dengan setengah cawan air)
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Kacang digoreng (atau disangan) tanpa minyak sehingga masak. Buang kulitnya dan ditumbuk. Jangan ditumbuk (atau dikisar) sehingga halus.
  2. Panaskan minyak kedalam periuk. Masukkan bahan kisar (bersama) dan masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili sehingga naik minyak. Masukkan udang kering.
  4. Masukkan kacang, air, asam, gula dan garam. Masak di atas api perlahan sehingga keluar minyaknya.

Tuesday, 1 September 2009

Daging Masak Hitam

Resepi ini diajar oleh mak saudara yg buat katering secara kecil-kecilan. Memang istimewa masakannya. Ada byk lagi ilmu yang perlu di kongsi. Sekarang ni aku dah edit resepi dgn sukatanya tak seperti sebelum ni.

Persiapan: 45 minit
Masak: 1jam setengah
Tahap kesukaran: sederhana.

Bahan-bahan:
1 kg Daging dipotong dadu
1 btg Kayu manis
3 biji Bunga Lawang
5 biji Buah Belaga
5 biji Bunga Cengkih
1 biji Bawang besar (dikisar)
7 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia (dikisar)
2 s/besar Serbur kari
30 g Cili Kering (dikisar)
2 cawan Kicap manis
2 cawan Kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan Kismis (dikisar)
1 s/besar Minyak sapi
Minyak masak
Air

Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak masak. Masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah belaga dan bunga cengkih). Masak sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bebawang dan halia). Masak sehingga naik bau
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak kari sehingga naik minyak. Sekiranya belum naik minyak, tambah air.
  4. Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak.
  5. Masukkan daging dan gaul. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  6. Masukkan kicap manis dan masin.
  7. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  8. Bila dah agak empuk, masukkan kismis. Masak lagi selama 20 minit.
  9. Tutup api dan masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.

Sunday, 30 August 2009

Mee Kolok


Ini adalah resepi dari kawan, Steph.. Mee Kolok amat terkenal di Sarawak selain daripada Laksa Sarawak. Pak Long pernah jumpa mee kolok ni kat Ipoh, tapi namanya Mee Kicap..

Selamat mencuba

Persiapan: 20 minit
Masak: 40 minit
Tahap kesukaran : sederhana

Bahan-bahan:

Utk Mee:
3-4 Gulung Mee Kolok (aka mee sanggul, mee telur)
6 sdm Minyak Bawang Merah (kalau takde, minyak dr gorengan bawang atau bawang besar merah)
1 sdt Sos Ikan (atau a splash pd setiap mee)
1 sdt Cuka (atau a splash pd setiap mee)

Utk Sup:
1 Sup Bunjut (atau 1 sdm perencah sup)
100 g Daging lembu
Air secukupnya
Sedikit Garam

Utk Sambal
8 biji Cili api
1 ulas bawang putih
1 sdt kicap pekat (aka 2 sdm 'Dark Soy Sauce')
3 sdm Kicap Cair
1 sdt Jus limau kasturi
Sedikit gula

Hiasan:
Daun bawang


Cara-cara:-

Utk Sup : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan supnya.

Utk Sambal : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bwg putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat, kicap cair, jus limau kasturi dan gula. Kalau takde kicap pekat dan kicap cair, gunakan kicap manis dan tak perlu tambah gula.

Utk Mee : Rebus mee dlm masa 40 saat. Toskan dan letak ke dalam mangkuk. Taburkan 2 sdm minyak bawang bagi setiap mee, cuka dan sos ikan.

Cara menghidang : Taburkan daging, daun bawang dan bawang goreng ke atas mee tadi. Sediakan sambal dan sup ke dalam bekas berbeza.

Cara makan : Siramkan sambal dan sup ke dalam mee. Ikut selera masing2.

Tip : * Utk menambah selera, tambah minyak bawang putih..


Tuesday, 7 July 2009

Puding Jagung Microwave

Persiapan: 5 minit
Masak: 15 minit
Tahap: Senang


Bahan-bahan:

2 s/besar Mentega
2 s/besar Tepung Naik sendiri
2 cawan Jagung (tin atau segar)
2 biji Telur
1 cawan Susu (dipukul sebati)
1/2 cawan Gula


Cara-cara:
Cairkan mentega dan masukkan kesemua bahan. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang selama 10 minit dengan mode gelombang yang maksimum. Kacau sekali lagi dan biarkan selama 2 minit

Nota:
Ini adalah pencuci mulut yang paling senang dan cepat. Selamat mencuba

Sunday, 28 June 2009

Kambing Masak Tomato Istimewa

Ini adalah resepi ciptaan sendiri dan dimasak secara sepontan. Sememangnya sedap dan saya tidak sangkan campuran kari dan kurma memberikan rasa yang unik. Selamat mencuba


Persiapan: 20 minit
Masak: 35 minit
Tahap kesukaran: sederhana

Bahan-Bahan:


500 gm Daging Kambing (dipotong dadu)
1 s/b Serbuk Kari
1 s/b Serbuk Kurma
1/2 s/b Serbuk Cili
9 s/b Sos Tomato (atau 5 s/b tomato puri)
1 biji Bawang Besar - atau 5 biji Bawang merah (dicincang)
3 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 inci Halia (dicincang)
1 biji Kentang (dipotong 8)
1 helai Daun Pandan
1 inci Kayu Manis
3 biji Buah Belaja
1 biji Bunga Lawang
3 biji Bunga Cengkih
7 s/b Minyak Masak
500 ml Air Kosong
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan daun pandan.
  2. Tumiskan halia, bawang puting dan bawang besar. Kemudian masukkan kayu manis, buah belaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari serta serbuk kurma. Campurkan sedikit air. Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan daging kambing dan gaul sehingga rata. Campurkan sos tomato dan sedikit garam. Tuangkan 100 ml air dan gaul. Tutup kuali dan biarkan selama 10 minit.
  5. Masukkan kentang dan tambahkan lagi 200 ml air. Gaul dan biarkan selama 20 minit atau sehingga daging dan kentang empuk.

Wednesday, 24 June 2009

Roti Jala

Persiapan: 20 minit
Masak: 20 minit
Tahap kesukaran: Sederhana


Bahan-bahan:

2 cawan Tepung Gandum
3 cawan Air
2 biji Telur (dipukul rata)
1/2 sk Garam
1/2 sk Serbuk Kunyit


Cara-cara:

  1. Campur tepung gandum, air, garam dan kunyit ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.
  2. Masukkan telur dan gaul semula.
  3. Masukkan adunan ke dalam pengisar (blender) untuk menghaluskan ketulan tepung.
  4. Tapiskan adukan ke dalam mangkuk.
  5. Panaskan kuali secara sederhana dan sapukan minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan Roti Jala. Buat pergerakan membulat.
  7. Setelah masak, angkat roti jala ke pinggan. Tidak perlu diterbalikkan.
  8. Lipat berbentuk 1/4 atau gulung mengikut kesesuaian anda.
  9. Hidangkan roti jala bersama kari ayam, kari ikan atau kurma kambing.

Thursday, 26 February 2009

Nak Masak Apa?

Aduh!!! Itu persoalan yang selalu termiang-miang difikiran kita setiap hari. Tak kisah lah samada bujang, sudah berkahwin, wanita atau lelaki.

Membuat keputusan bukan lah mudah. Mungkin kita dah jemu dengan masakan yang kita selalu masak. Takkan la kari je, masak kicap... BOSAN!!! Keputusan terakhir.. "Jom makan luar" atau lebih terkenal lagi.. "Jom gi mapley!!!"...

Masak bukan la susah... cuma perlu imiginasi dan desire (keinginan).. Pak Long ni bukan la pakar masak.. cuma minat masak je.. :D

Saturday, 31 January 2009

Pengenalan

Ini adalah beberapa koleksi resepi yang sempat Pak Long bubuh dlm blog.. Sesetengah resepi adalah dari ajaran bapak Pak Long, sedara, kengkawan, internet dan ciptaan sendiri..

Sila lah komen.... menjadi ke.. tak ke..